Friday, September 3, 2010

Proton Waja 2010

Model Baru Menggantikan Proton Waja 2010 ?


Model gantian Proton Waja semakin hangat diperkatakan.. Namun, sejauh mana kebenarannya..?? Pelbagai andaian yang dibuat, hasil-hasil pengeditan foto dilakukan untuk menunjukkan imaginasi berkenaan model ini, malah pelbagai usaha untuk mendapatkan imej 'spyshot' bagi model HANGAT ini..
Setakat hari ini (3/09/2010), CikguZal hanya mendapat beberapa sahaja info berkenaan model gantian Waja ini.. yang sering dilabelkan sebagai Waja 2010.. Buletin Utama TV 3 td baru kuar. kepada anda yang rajin mendapatkan info terbaru bagi model ini, bolehlah email ke cekgu_zal@yahoo.com.my.


Menarik tentang Waja 2010:


* dikatakan menyerupai model Mitsubishi Lancer 2.0GT.
* ada pula spekulasi yang menyatakan ia merupakan model rebagde dari Lancer 2.0GT.
# menurut satu sumber, staff Proton memberitahu bahawa tahun 2010 merupakan tahun untuk pengeluaran model gantian Waja & Perdana.. di mana, model-model ini akan dibekalkan dengan enjin Campro Tubro..
# parts untuk model Waja 2010 juga telah pun tiba di Proton Parts Center, dan kini menunggu proses produksinya..
# dianggarkan model Waja 2010 akan dipasarkan dengan harga sekitar RM80,000 hingga RM85,000..
spyshot Waja 2010.. (sumber paultan & funtastickodesign)


sumber : http://auto-akasia.blogspot.com/2009/08/waja-replacement-model.html
p/s kalau betul model inilah menyesal aku beli kereta dulu...baik tunggu...jalan kaki jer pi sekolah..hehehe...

Video Penangkapan Penanggal

VIDEO PENANGKAPAN HANTU PENANGGAL

SEDIKIT INFO TENTANG MAKHLUK INI:

Hantu Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.

Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu. Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman atau peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.

Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.


Dari info yang cikgu dapat, Hantu Penanggal ni katanya ditangkap di Sabah,dulu masa kecik-kecik ada la baca kisah hantu penanggal atau balan-balan ni kat dalam buku cerita kanak-kanak,masa tu takde rasa apa pun,sebab hanya ilustrasi je kan,kali ni dapat tengok video la pulak wei,uhhh seramnya siang-siang hari ni.Kepala tu pulak asik goyang-goyang je,betul atau tak,tak dapat la mata cikguzal nak pastikan.Kira hebat la orang yang berjaya menagkapnya,pastu sumbatkan kepala hantu tu dalam plastik beras jek.

Satu Tahun 6 Hari



Menggeleng kepala cikgu hari ini.. Mengenangkan nasib blog cikgu yang mmg sedia tak best nih, setelah Satu Tahun 6 Hari di tinggalkan sepi tanpa bicara.. Selalu juga malu sendiri bila menjenguk ke Blog Pak Lurah Palong 9 (Ketua Kampung Cikgu) yang kini dah menimbun-nimbun pengunjung yang melayari laman Blog beliau.. Walaupun Blog beliau lebih muda berbanding Blok cikgu ini. Dulu masa tolong setup laman Blog beliau, tak sangka yang Blog beliau akan seaktif sekarang.. Tak sangka Ketua Kampung cikgu ni walaupun sudah berusia tetapi memang sangat peka dengan perubahan dunia ICT ni.. Apa pun hari ini dengan tekad yang baru, cikgu akan cuba menggagahkan diri untuk mencatatkan nukilan perjalanan seharian kehidupan cikgu.. Sebenarnya sebagai guru ni setiap hari byk kisah menarik yang cikgu alami yang boleh di kongsi bersama. Pelbagai peel pelajar yang kadang-kala kelakar n tak kurang juga menyakitkan hati.. Hakikatnya kekangan masa untuk melayari Blog Cikgu ini menjadi halangan untuk sentiasa mengupdatenya.. Semoga, hari-hari yang mendatang ada peningkatan dan kemajuan dalam Blog Cikgu ni.. InsyaAllah..