Friday, September 3, 2010

Satu Tahun 6 Hari



Menggeleng kepala cikgu hari ini.. Mengenangkan nasib blog cikgu yang mmg sedia tak best nih, setelah Satu Tahun 6 Hari di tinggalkan sepi tanpa bicara.. Selalu juga malu sendiri bila menjenguk ke Blog Pak Lurah Palong 9 (Ketua Kampung Cikgu) yang kini dah menimbun-nimbun pengunjung yang melayari laman Blog beliau.. Walaupun Blog beliau lebih muda berbanding Blok cikgu ini. Dulu masa tolong setup laman Blog beliau, tak sangka yang Blog beliau akan seaktif sekarang.. Tak sangka Ketua Kampung cikgu ni walaupun sudah berusia tetapi memang sangat peka dengan perubahan dunia ICT ni.. Apa pun hari ini dengan tekad yang baru, cikgu akan cuba menggagahkan diri untuk mencatatkan nukilan perjalanan seharian kehidupan cikgu.. Sebenarnya sebagai guru ni setiap hari byk kisah menarik yang cikgu alami yang boleh di kongsi bersama. Pelbagai peel pelajar yang kadang-kala kelakar n tak kurang juga menyakitkan hati.. Hakikatnya kekangan masa untuk melayari Blog Cikgu ini menjadi halangan untuk sentiasa mengupdatenya.. Semoga, hari-hari yang mendatang ada peningkatan dan kemajuan dalam Blog Cikgu ni.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment